semoga rinduku terubat padamu...
IBU.....
Senyum hambarmu, ria dalam duka
perit merintih, terpaan bayangan
kehidupan waktu ke waktu, masih lagi kecewa, derita
daya usaha ibu tua membesarkan anak-anaknya
Harapan dilontar jauh ke langit
rintihan dalam hati, kehidupan tiada pembaharuan,
gelodak jiwa sentiasa terusik
ruang hidup yang makin menghimpit
hanya mampu mengeluh, mengharapkan
kehidupan yang lebih baik....
tapi bila? bila?
Menadah tangan ke langit,
memohon kebahagiaan dunia akhirat
itu sahaja kudrat yang ada
semoga sinar kebahagiaan akan tiba jua...insyaAllah....
Titisan hujan menyembah bumi,
mengalir sepi ke haluan indah ciptaan-MU tuhan,
tiada penghujung, kekal indah sehingga terbentang lautan..
Selagi nyawa dikandung badan,
selagi umur diizinkan tuhan,
kan ku bahagiakan mu IBU...
dengan setulus kasih sayang...
Senyuman manismu, memberikanku seribu
keinsafan dan ketenangan
menjadikan kekuatan, meneruskan kehidupan
demi mu IBU....
Semoga kehidupan mendatang
di bawah lembayung keberkatan dan kerahmatan
pencipta alam
Ya Tuhan....
Sayangila ibu setulus hatimu,
tersirat kerahmatan, kunci kehidupan.....
0 comments: